*kalau korang malas nak baca all these nonsense saya tulis sebelum resepinya, sila lah skip! saya akan highlightkan recipe dalam kaler biru-hijau
Resepi hari ini:
Soto Ayam
Resepi hari ini:
Soto Ayam
dan
Bergedil!
Hari ni saya ingat nak tulis post ni mostly dalam Bahasa Melayu, sebab, you know, mana ada Mat Salleh nak carik resepi buat soto ayam, ya tak? Jadi kira artikel ni guna Manglish lah OK! (hodoh sungguh perkataan Manglish tu, dak eh?)
Kat Paris ni, nak kata bahan masak limited, tak betul jugak sebenarnya. So far benda-benda yang saya nak guna masa masak boleh je jumpa, tapi masalahnya bahan-bahan semuanya tak jual kat supermarket Monoprix yang amik masa 45 saat untuk sampai ke sana on foot. Bahan basic memang ada kat sana, you name them—beras, bawang besar dengan kecik, halia, tomato fresh, and banyak lagi lah kan—memang ada. Tapi jangan harap lah nak jumpa daun kari ke, cili api ke kat Monoprix. Bahan-bahan exotic ni as far as Shah (suami saya yang seriously comel) ngan saya tau, boleh carik sama ada kat La Chapelle (Little India) atau Chinatown. Bawang merah pun takde jual kat Monoprix tau! Aih aih. Tapi ada satu bawang ni kat Monoprix bentuk bujur betul, kaler dia macam bawang merah, nama dia pun 'shallot'. Tapi rasa dia tak sebest bawang merah biasa lah jugak.
Masalahnya dua-dua tempat ni agak jauh, naik train atau trem amik masa lebih setengah jam. Agak leceh. Lepas tu kat Paris ni ada je tempat best untuk jenjalan/dating, so kitorang selalu tak jadi nak pegi sana untuk dapatkan supply daun kari/cili api/bendi/sayur kai lan/petai etc..
OK. Nak buat cerita, bila saya takleh tidur Sabtu malam, dua hari lepas, entah kenapa saya terfikir nak makan soto ayam Mak. Mak saya punya soto memang the BEST, like, evah. Serious. Dulu ada sekali masa birthday party saya, Mak buat soto ayam lepas tu kawan-kawan semua asyik tambah and puji. Sebab memang sedap tak tipu.
So fikir punya fikir, saya Google lah resepi-resepi online. Saya selalunya akan carik banyak-banyak resepi untuk satu dish, untuk carik mana yang paling sesuai dengan bahan apa yang ada dalam dapur at that moment. Esok paginya kebetulan Mak call, saje nak catch up kan, so saya pun mintak lah Mak resepi soto Mak yang best tu.
Jadi, check bahan dalam dapur, tweak sana, check lagi resepi, tweak sini, lepas tu baru lah saya decide, OK, i can do thisss. Ni lah hasilnya!
Kalau korang wonder kenapa soto ni kaler kuning lebih sangat, ni sebab saya overestimate kunyit saya, ho ho. First time buat OKKK.
Saya ni jenis yang suka nyot-nyot tulang ayam. Sebab tu saya nick the tulang from the sup. Shah pun sama jugak.
Bahan-bahan yang saya nak sangat guna untuk menghasilkan soto ayam yang betul-betul sedap tapi takde dalam dapur termasuk: bawang merah, serai, lengkuas. Tapi boleh je make do.
Untuk tau resepi "Soto Ayam Versi Paris Versi Liyana Aris", teruskan membaca! (resepi bergedil di bawah nanti ya)
Bahan-bahan (2 orang):
- ayam dua ketul besar (sebab ni saya dengan Shah je makan, saya guna ayam bahagian ribs dua ketul yang besar. tapi ribs kitorang agak gemuk. so sila tambah ayam kalau nak)
- mihun cukup untuk dua orang (panda-pandai lah agak; saya pun tak pandai agak sebenarnya)
- sedikit kunyit, dalam satu atau dua cubit maybe? saya terletak lebih banyak lah pulak masa buat soto ni...
- a few slices of daging (ni sebenarnya bahan accidental; nama soto ni soto AYAM dan bukan soto AYAM DAN DAGING. kenapa saya letak daging? ni akan diexplain dalam section bahan-bahan bergedil di bawah)
- sedikit kunyit, dalam satu atau dua cubit maybe? saya terletak lebih banyak lah pulak masa buat soto ni...
- a few slices of daging (ni sebenarnya bahan accidental; nama soto ni soto AYAM dan bukan soto AYAM DAN DAGING. kenapa saya letak daging? ni akan diexplain dalam section bahan-bahan bergedil di bawah)
- garam
Bahan kisar halus (maksudnya blend sampai jadi paste, OK?):
- 1 bawang besar
- 3 ulas kecil bawang putih
- halia 1 x 1 x 2.5 cm (nota: selalu orang cakap, contohnya, "1cm" halia, tak ke susah nak agak, sebab halia tu at least 3 dimensi; bentuk halia selalu senget-benget, so nak kata 5 dimensi pun boleh. betul kan? jadi saya bagi lah measurement rough 3 dimensi OKKK)
Bahan tumis (boleh lebihkan, of course):
- 2 bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 6 bunga cengkih
- jintan manis, lebih kurang satu sudu teh; Liyana main agak je semalam
- black pepper secukup rasa. kalau nak exact amount jugak, Liyana agak 1 sudu teh. tapi ni boleh add on later pun kalau tak cukup
Cara-cara:
1. Rebus ayam dalam air sampai masak. Pastikan sampai takde darah dah di celah-celah, yes?
2. Keluarkan ayam. Air rebus tu simpan tau, jangan buang! Air ni lah yang akan jadi sup soto kita.
Cabut isi ayam dari tulang; ini tugas yang dilakukan oleh Shah dengan begitu baik sekali—good job, Shahrizal! Kerja ni saya rasa tedious AND dangerous, sebab satu, ambik masa (bosan kopek lama-lama), dan dua, sebab saya selalu sambil cabut isi sambil makan isi bila tolong Mak buat soto dulu. Entah-entah kalau saya buat kerja ni, isi ayam tinggal setengah je. Especially kalau buat sambil tengok tv. Bahaya bahaya. Ayam rebus ni sedap jugak sebenarnya, walaupun takde flavour lain.
Tulang dimasukkan semula ke dalam air rebus.
3. Kisar abisan bahan -bahan kisar.
4. Panaskan minyak dalam pot. Tumis bahan-bahan tumis sampai naik bau.
5. Masukkan bahan kisar pulak. Bagi macam pecah minyak sikit. "Pecah minyak" ni maksudnya minyak tu bubbling through the surface of whatever yang kita tengah tumis. Ni memang common knowledge, tapi mana lah tau, you yang tengah baca ni first time evah nak masak kan!
6. Lepas tu masukkan air rebus ayam tadi dengan tulang-tulang sekali. Bagi air ni rebus balik. Kalau boleh air tu biar simmer, bukan boiling, OK? Biar bubble-bubble kecik je, bukan bubble besar yang bunyi "BLOB BLOB BLOB" tu.
7. Rendam mihun dalam air masak super panas, bagi dia lembut. Tapi jangan sampai squishy sangat pulak ya. Jaga-jaga. Toskan bila dah lembut.
8. Balik kepada sup kita. Perasakan sup dengan garam dan black pepper. Rasa sikit, lepas tu kalau tak cukup rasa lagi tambah lagi, sampai puas dengan hasilnya. Tabur kunyit untuk dapat kaler kuning sikit. Ada banyak resepi online yang tambah serbuk kurma untuk extra flavour, so tu up to korang lah kan. My Mummy doesn't use kurma so saya tak guna lah. Mungkin lain kali saya akan cuba letak kurma sikit. Kat kedai memang kaler soto kaler ala-ala kurma pun kan. Yeh, lain kali!
Bila dah puas rasa dan kaler, well, there's your sup soto!
Bila dah puas rasa dan kaler, well, there's your sup soto!
OK, so atas ni lah resepi soto yang saya buat semalam. Kalau saya ada bawang merah, saya probably akan gantikan 1 bawang besar dengan 2 bawang merah besar tu, takpun campur ke. Kalau saya ada serai dengan lengkuas, saya akan titikkan dua-dua ni and tumis sekali dengan bahan-bahan tumis. Mesti lagi flavourful! Oh well. Tapi result sup saya buat ni not bad! Tak sesedap Mak punya, of courseee, tapi still yum! Duduk Paris ni dah berapa bulan, rasanya ni first time saya buat sup. Saya ni dah lah sup junkie.
Bawah ni pulak resepi bergedil, Mak ajar jugak. Resepi Mak lain sikit sebab saya banyak takde bahan. Disebabkan tu, apa kata kita namakan resepi ni resepi "Bergedil Ayam Versi Liyana Aris Di Paris"?
Bahan-bahan:
- 3 ketul kentang medium-sized (adjustable, tak semestinya 3 biji; kena pandai agak sendiri berapa kentang nak guna, ikut masing-masing punya obsesi dengan bergedil)
- daging yang dicincang (Liyana goreng sikit daging cincang ni atas pan, just so dia cooked sikit. nak buat cerita, bila potong-potong daging tu, saya sedar yang daging thawed ni banyak sangat, so saya slice dan letak dalam sup. huh. jadi bermakna ni bukan soto ayam pure? tapi daging ni boleh kasi extra flavour jugak, jadi apa salahnya)
- 1 bawang besar, cincang (kitorang sangat suka taste bawang besar, so mungkin ni terlalu banyak untuk korang. guna half je ke, OK jugak)
- telur satu biji
- garam dan black pepper
Cara-cara:
1. Peel kulit kentang (saya mula-mula type "siat" lepas tu tukar "peel", sebab "siat" bunyi ganas), potong jadi wedges ke, cubes ke, asalkan kecik-kecik. Deep fry sampai lembut.
2. Lenyekkan kentang. Lenyek abisan.
3. Campur daging cincang dan bawang cincang dalam kentang mashed ni. Gaulkan, lepas tu flavourkan dengan garam dan black pepper. Agak-agak lah sendiri ya, sampai agak-agak secukup rasa.
4. Bentukkan ketang mashed ni into little round patties. Macam bentuk bergedil yang restoran selalu jual tu lah. Kena guna dua-dua tangan yang bersih, of course. Nak bentukkan bulat-bulat pun boleh. Nak bentuk jadi star ke heart-shaped ke pun boleh. Suka hati dan ikut kreativiti and kehebatan korang. Compactkan kentang ni sebaik mungkin so bila goreng nanti takde lah senang berlerai.
5. Celur (ke celup?) kentang balls ke patties korang dalam telur yang sudah dipukul.
6. Deep fry ketulan-ketulan kentang ni. Jadi lah bergedil!
Kalau korang wonder kenapa bergedil ni ada spots hitam kat surface, sebab saya guna minyak lama yang saya selalu guna untuk goreng ayam. Advisable untuk goreng bergedil guna minyak fresh ya kawan-kawan, kalau nak bergedil yang cantik.
Kalau saya ada spring onion, saya akan potong halus-halus atau cincang untuk digaulkan dalam kentang ni sekali. Mesti lagi sedap! Tapi Monoprix tutup pukul 1pm tiap-tiap Ahad, so, malas kot nak jalan pegi supermarket yang dalam mall Les Quatre Temps tu. I mean, jalan 15 minit semata-mata nak beli satu bunch spring onion? Takpeee lahhh, terima kasih. Lagipun Shah kurang gemar spring onion. Saya pulak suka sangat-sangat suka spring onion, macam Hazri, adik boy saya.
Sebab tu dalam setiap marriage ada this thing called "compromise"; kalau apply tu kat sini, jadi lah "sometimes you cook spring onion, sometimes you don't".
Marriage wisdom. Also, the fact that saya malas nak jalan ke mall tu takde kena-mengena dengan compromising ni.
Sebab tu dalam setiap marriage ada this thing called "compromise"; kalau apply tu kat sini, jadi lah "sometimes you cook spring onion, sometimes you don't".
Marriage wisdom. Also, the fact that saya malas nak jalan ke mall tu takde kena-mengena dengan compromising ni.
Keseluruhannya, soto ayam saya buat ni rasanya sedap lah jugak (takkan nak cakap "Sedap weyh korang!" sebab nanti macam puji diri sendiri), but it could be better, i'm sure. Ada resepi yang letak sup bunjut, ada yang letak kiub ayam (saya sangat tak minat kuib ayam), tapi saya memang nak cuba buat guna fresh ingredients je. Lagipun Mak tak guna pun those bahan. Next time saya akan make sure tambah bawang merah, serai dengan lengkuas, kalau jumpa lah. Tak pun kat Malaysia, mesti saya akan cuba buat lagi.
Tapi apa-apa pun, to tell you the truth, i'm kind of proud of myself. Soto ayam ni mungkin tak sesusah mana nak buat, tapi rasa tedious sikit, especially bab buat bergedil ni. And also nak siat isi ayam tu, rasa macam "Maynnn this is never going to end is it??" (sambil komplen sambil chew ayam siat). Bila masak, rasa sangat appreciate kat Mak sebab selama ni Mak masak untuk ramai-ramai orang, mesti penat!
Tapi memang bila goreng bergedil tu, lepas keluarkan dari minyak, lepas tu tunggu sejuk sikit pastu gigit kan, saya serious impressed dengan diri sendiri. Lepas tu shouted, "Shah, look, I CAN MAKE BERGEDILLL!". Alhamdulillah saya bukan syok sendiri je, sebab Shah yang mula-mula muka agak was-was, lepas dia pun rasa sikit, dia terus stuff the rest masuk mulut sambil puji sedap dengan muka super impressed (rupanya sebab dia sendiri tak sangka isteri boleh buat bergedil from scratch? harus ouch ke tak eh?). Lepas tu esok malam saya buat nasi lemak pulak kan, saya buat bergedil jugak. Saya obsessed dengan bergedil by the way, sebab tu excited bila discover saya boleh buat sendiri!
Tapi memang bila goreng bergedil tu, lepas keluarkan dari minyak, lepas tu tunggu sejuk sikit pastu gigit kan, saya serious impressed dengan diri sendiri. Lepas tu shouted, "Shah, look, I CAN MAKE BERGEDILLL!". Alhamdulillah saya bukan syok sendiri je, sebab Shah yang mula-mula muka agak was-was, lepas dia pun rasa sikit, dia terus stuff the rest masuk mulut sambil puji sedap dengan muka super impressed (rupanya sebab dia sendiri tak sangka isteri boleh buat bergedil from scratch? harus ouch ke tak eh?). Lepas tu esok malam saya buat nasi lemak pulak kan, saya buat bergedil jugak. Saya obsessed dengan bergedil by the way, sebab tu excited bila discover saya boleh buat sendiri!
OK, harap korang akan rasa semangat untuk cuba masak soto sendiri lain kali! Kalau saya boleh buat, sesiap sahaje mesti boleh buat punyaaa.
xxoo
Hahahahaha as much as I wanna applaud your achievement in making your own soto ayam I would have to laugh at your use of BM here! It's SOOOO awkward! Wahahahaha!
ReplyDeleteBut seriously, soto ayam sounds good. I should make one too.
Che Pah, it's funny how i speak perfect BM (perfect ke?) but when it comes to writing in it, it just doesn't come as naturally. I think mastering beautiful BM writing is a whole lot harder than English. I think so lah. I mean, i tulis English takde lah terer sangat pun, tapi tulis BM lagi macam hampeh! Macam mana tu? And please, if you're going to try this out, jangan ikut resepi i! With all the amazing bahan back at home, cuba guna resepi orang lain yang hebat. Like my mom. You have her number!
DeleteGood job Liyana Aris! Nanti balik I want to rasa your soto ayam and bergedil please.
ReplyDeletexx
Fatin, insyaAllah i'll make soto for you and the girls one day nanti! Yeh, i think that's something to look forward to =D
Delete